Tuesday, January 25, 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Gambar sekadar hiasan


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'


""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

- Artikel diolah dari ceramah Ustaz Azhar Idrus.

dipetik dari blog: http://diheartyku.blogspot.com/


p/s: sekadar perkongsian..
           agar tidak timbul kekeliruan..
                 tatkala berdepan dengan situasi sedemikian..
                      maka.. berwaspadalah duhai HATI & LISAN!!

Sunday, January 23, 2011

Sabar hadapi ujian dunia tidak lama

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed
bminggu@bharian.com.my

Umat yang tenang menghadapi setiap musibah, ujian-Nya dijanjikan pahala di akhirat.


MAKSUD sabar adalah menahan diri daripada sesuatu yang sukar. Sabar terpuji yang dituntut oleh Islam ialah sabar dalam mentaati Allah SWT, sabar dalam meninggalkan larangan-Nya serta sabar dalam musibah yang ditakdirkan.  

Banyak ayat al-Quran berbicara mengenai sabar. Antaranya, Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Ucapan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un adalah ucapan istirja’ ketika ditimpa musibah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ummu Salamah, beliau bercerita: “Pada suatu hari, selepas menemui Rasulullah SAW, Abu Salamah mendatangiku, lalu beliau menceritakan bahawa beliau telah mendengar ucapan Rasulullah SAW yang membuat aku merasa senang.

Baginda bersabda: Tidak ada seorang daripada kaum muslimin yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun, lalu ia berdoa, Allahumma’ jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khairan minha (Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik darinya), melainkan doanya itu dikabulkan. Ummu Salamah berkata: Kemudian aku menghafal doa darinya itu. Ketika Abu Salamah wafat, maka aku pun mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un dan berdoa: “Allahumma’ jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khairan minha.” Kemudian aku berkata kepada diriku sendiri: Dari mana aku akan memperoleh orang yang lebih baik dari Ummu Salamah? Selepas masa ‘iddahku berakhir, Rasulullah SAW meminta izin kepadaku. Ketika itu, aku sedang menyamak kulit milikku lalu aku menyuci tanganku dari qaraz (daun yang digunakan untuk menyamak). Lalu kuizinkan Baginda masuk dan kusiapkan untuknya bantal tempat duduk yang berisi sabut.

Maka Baginda duduk di atasnya. Lalu Baginda menyampaikan lamaran kepadaku. Selepas Baginda berbicara, aku berkata: Ya Rasulullah, keadaanku akan membuatmu tak berminat. Aku ini seorang wanita yang sangat cemburu, maka aku takut engkau mendapatkan dari diriku sesuatu yang kerananya Allah akan mengazabku, sementara aku sendiri sudah tua dan mempunyai banyak anak. Maka Baginda bersabda (yang bermaksud): Adapun kecemburuanmu yang engkau sebutkan, maka semoga Allah SWT menghilangkan darimu. Dan usia tua yang engkau sebutkan, maka aku pun mengalami apa yang engkau alami. Dan keluarga yang engkau sebutkan itu, maka sesungguhnya keluargamu adalah keluargaku juga”.
Maka Ummu Salamah menyerahkan diri kepada Rasulullah SAW dan kemudian Baginda menikahinya. Selepas itu Ummu Salamah pun berkata: “Allah memberi ganti kepadaku yang lebih baik dari Abu Salamah, iaitu Rasulullah SAW”.

Begitu juga sabar dalam melaksanakan ketaatan serta meninggalkan pelbagai hal yang diharamkan dan perbuatan dosa sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 45 (yang bermaksud): “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Manusia paling sabar adalah Nabi sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu ‘Abdurrahman ‘Abdullah bin Mas’ud ra, beliau berkata: “Seakan-akan saya masih melihat Rasulullah SAW sewaktu menceritakan seorang dari nabi-nabi ketika dipukul oleh kaumnya sehingga berlumuran darah dan ia mengusap darah dari mukanya sambil berdoa: Wahai Allah, ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”


Kepada saudara yang bertanya, sabar dengan ujian kehidupan dunia bukanlah satu tempoh yang lama kerana pahala dijanjikan Allah sangat besar sebagaimana firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 10, bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Wallahua’lam. 


Thursday, January 20, 2011

Laksana Memegang Bara Api


Ertinya:

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api". (H.R. Tirmizi)


* Keterangan
Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan..

            ~Salam muhasabah...

sumber: klik sini

Wednesday, January 19, 2011

Dari Senja Itu



Dari senja itu..

Ku mengerti sesuatu..

Terangnya siang hanya sebentar Cuma..

Lalu malam menyinggah..

Menyapa rasa..

Jiwa yang sendirian..

Keresahan melihat gelapnya malam..

Namun hadirnya bulan menyuluh keindahan

bersama bintang-bintang..

Di balik keindahan itu..ku hayati..

bersama alunan zikir.. cuba ku ikhlaskan dari hati..

Indah…memang indah!!

Nikmat dariMU Tuhan.. Suka duka harus ku syukuri..

Tamsilan buat KITA..ukhwah fillah di Jalan juang ini…

tabah meniti jalan walau hanya ingatan dan doa yang menemani..

walau air jernih itu sering mengalir laju dari redup kelopak ini..

aku pasrah..tetaplah bersabar..duhai hati..

“LONTAR KESEDIHANMU JAUH-JAUH”



~~Salam Sayang, Cinta & Rindu ana buat kalian…( AK..Umie... )~~

Saturday, January 15, 2011

Si Gadis


Seorang gadis tinggal di sebuah pekan kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung nama mereka; dulu, kini dan selamanya. Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.

Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah, kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.

Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.

“Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku.”

Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang penuh berkat, muncul satu kunjungan untuk keluarga Si Gadis. Kunjungan luar biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna. Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul Muslim. Itu lah agendanya.

Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.

Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada keluarganya terutamanya kepada suami nya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke syurga-Nya yang abadi.

Kata-kata Zainab Al-Ghazali, “…Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa…”. Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!

Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis..

“Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela.” (Riwayat At Tirmizy, Sa’id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)”

Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan sebuah Daulah Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul Muslim. Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya dua individu yang benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus berusaha untuk mengembangbiakkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran daripada insyaAllah.. seorang yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis mahukan.




Pertemuan dua buah keluarga sedikit sebanyak telah melegakan Si Gadis. Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang sebarangan. Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya.
Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat ‘restu’ untuk berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu tiket untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.


Perjalanan masih jauh. Pesan seorang pakcik, perlu sangat berhati-hati dan berdoa.
Tiada apa yang Si Gadis sepertinya dapat berharap, hanya agar Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.

Apa-apa pun, saya suka mendengar Si Gadis bercerita. Katanya, dia bercerita untuk berkongsi agar ada bahagian daripada ceritanya boleh dijadikan teladan.


Salam muhasabah...
                Teruskan mujahadah..
                                  ke arah Mardhatillah...!!


C&P from : http://miminapis.wordpress.com/










Monday, January 10, 2011

LAKARAN PERJUANGAN...

  Sahabat,
  Di sini kita dipertemukan,
  Dengan KIBLAT arah yang sama,
  Menggapai puncak impian nyata,
  Mendaki kubah perjuangan tercinta.
  Sahabat,
  Dalam kita menganyam hamparan suci perjuangan,
  Kita disatukan,
  Di sini kita menjalin coretan kenangan,
  Moga jalinan suci kita disulami haruman KEMESRAAN,
  Disirami wangian ketulusan jua mekar KEJUJURAN,
  Namun pasti ada jua carikan dari cebisan KEDUKAAN dan KEPAHITAN,
  Bersama kita cantumkan dengan bebenang KETABAHAN,
  Dijahit dengan jaruman KESABARAN…
Sahabat, ingatlah…
  Kita ibarat IKON kepada semua,
  Segala tingkah laku diperhati setiap mata,
  Jadikanlah Rasulullah saw QUDWAH utama,
  Moga cintanya subur tersemadi dalam lubuk jiwa…
Sahabat,
Kita umpama satu tubuh,
Jika ada di antara kita yang terluka…bersama kita mengubatinya,
Jika ada di antara kita yang merangkak…seia kita memimpinnya,
Jika ada di antara kita yang terleka…Seia kita memandunya,
  Moga ukhuwwah yang tersemi dinaungi cinta Allah dan rasulNya…  
 
Setulus doa munajat tersemi di lubuk hati,
Moga lakaran perjuangan dipandu hidayah-Mu Ya RABBI,
Disirami nurkasih Ilahi,
Dipayungi rahmat nan tak bertepi,
Disatukan kembali di SYURGA FIRDAUSI,
  Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbal A’lamin!!!
 ................................................
p/s: Menghayati sejenak lagu "maafkan ku teman", meruntun jiwa..menitis air mata.."
~khas buat kalian T_T... Uhibbuki fillah~ 

Sunday, January 09, 2011

Perihal Cinta (Siri 1)


" CiNtA adalah pertalian kasih sayang merangkumi aspek spiritual, emosi, fizikal, intelektual dan sosial antara individu yang terlibat, di mana mereka saling menghargai nilai - nilai peribadi yang dimiliki dan memuliakan perhubungan yang wujud antara satu sama lain. CiNtA juga bererti kemahuan, keasyikan, tarikan, kerinduan dan keresahan yang wujud hasil daripada keterikatan perasaan kepada seseorang atau sesuatu. CiNtA adalah penggerak yang menjadikan kita orang yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan. Tidak kurang juga, CiNtA boleh merosakkan dan menjadikan seseorang itu manusia yang sebaliknya ".



DEFINISI CINTA DI DALAM AL-QURAN

Terdapat pelbagai definisi dan pengertian CiNtA di dalam Al-Quran. Salah satunya CiNtA diertikan sebagai kemahuan untuk berpasangan dalam menikmati keindahan dan kelazatan hidup. CiNtA antara lelaki dan perempuan, ibubapa dan anak, guru dan murid, majikan dan pekerja, Nabi dan umat, semuanya adalah CiNtA berpasangan yang mempunyai pakej khusus dengan bentuk dan jenis CiNtA yang berlainan.

  CiNtA lelaki dan perempuan sebagai pasangan kekasih dilihat sebagai Cinta romantik ataupun Cinta berahi (syahwat). CiNtA ibubapa kepada anak-anak pula adalah CiNtA tidak bersyarat yang seharusnya ada sejak kewujudan anak tersebut di dalam kandungan ibunya. CiNtA guru kepada murid membawa kepada keberkatan ilmu dan kemanfaatan yang berpanjangan manakala CiNtA majikan kepada pekerja mewujudkan suasana harmoni dan kesepakatan dalam memajukan organisasi. CiNtA Nabi kepada umat membawa kesejahteraan dunia dan akhirat.

  Pendek kata, segala jenis cinta ini menjurus kepada matlamat yang satu, iaitu menjadikan manusia mengingati dan berfikir akan kebesaran Allah sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran surah Az-Zariyat ayat 49, "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah". CiNtA adalah keasyikan, kemahuan dan keinginan kepada perkara-perkara yang disenangi seperti wanita, anak-anak, harta kekayaan dan kemegahan dunia.

  Kesenangan di dunia yang menjadi impian kebanyakan manusia adalah bentuk CiNtA yang banyak menguji kesabaran dan ketakwaan manusia. Walau bagaimanapun, Allah mengingatkan apa yang di sisi-Nya adalah lebih baik daripada CiNtA-cinta keduniaan ini. Firman Allah swt..dalam surah Ali Imran ayat 14, "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kepada kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga)". 

  CiNtA adalah perkongsian kegembiraan dan penderitaan, yang menuntut kemuliaan hati, kasih sayang dan rasa hormat kepada orang yang dicintai dengan sepenuh perasaan jiwa dan raga. Junjungan besar Nabi Muhammad saw adlah contoh terbaik dalam menumpahkan CiNtA dan kasih-sayangnya kepada umat manusia, seperti yang dinyatakan dalam surah at-Taubah ayat 128, "Sungguh, telah datang kepadamu seorang Rasul dari kalanganmu sendiri. Ia sedih dengan penderitaan mu, sangat menginginkan keimanan dan keselamatanmu. Ia sangat penyantun, sangat penyayang".

  CiNtA adalah pengorbanan, perkongsian, kesabaran dan ketaatan kepada yang dicintai. Dalam konteks ini, umat Islamdituntut untuk melakukan ketaatan kepada segala suruhan Allah, berkongsi kesenangan dengan orang lain dan sanggup berkorban harta yang disayangi demi CiNtA kepada pencipta. Allah swt menyatakan dalam surah al-baqarah ayat 177, 

              " Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir dan orang yang meminta-minta; dan memerdekakan (hamba sahaya), mendirikan solat, menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa ".


  Secara keseluruhannya, CiNtA yang unggul didefinisikan sebagai CiNtA yang tulen kepada Pencipta segala CiNtA, iaitu Allah swt. CiNtA yang tulen ini lahir daripada orang beriman yang menCiNtAi Allah dengan sepenuh hati dan perasaan, bersikap lemah lembut dan saling kasih-mengasihi sesama manusia.

Allah swt telah menyatakan di dalam Al-Quran surah al-Maidah ayat 54, "Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah menCiNtAi mereka dan mereka pun menCiNtAi-Nya, bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir, berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui".


*********************




"Demi Allah Yang Maha Esa,


Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah

untuk menuju cinta-Mu,

menitis air mata..tatkala merindu...

menitis air mata..tatkala merasa semakin jauh...

Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar

tanpa pengkhianatan..

Kerana ku tetap yakini..

Allah Taala menyatakan ;

``Wajiblah cinta-Ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku``..."

~Asy-Syahid Hasan al-Banna~



ya ALLAH ya tuhanku..penuhkanlah hatiku dengan rasa CINTA kepada MU...