Wednesday, February 17, 2010

Rawatlah Hati Wahai Pejuang......


Hari ini, ramai orang mengaku hendak berjuang untuk Islam. Berjuang menegakkan keadilan di muka bumi Allah. Mereka ingin menyebarkan risalah Islam, melebarkan serta mengagungkan Islam di setiap sanubari dan nadi manusia. Namun, sedarkah kita dalam asyik untuk berdakwah, kita sering mengabaikan permasalahan disekitar hati, lalu virus-virus menyerang hati-hati petugas Islam. Hatta kadang-kadang mereka yang berada diperingkat kepimpinan pun tidak mampu untuk melawan virus yang datang menyerang. Lalu jatuh tersungkur di tengah-tengah lautan manusia.
Penyakit hati tidak mengenal siapa pun manusia itu, selagi mana mereka tidak meletakkan “taqwa” sebagai asas kepada pakaian jiwa dan nurani. Perlu diingat, orang yang hendak berjuang terlalu banyak tribulasi dan rintangan yang mesti dilalui. Seandainya kita tidak mempunyai benteng yang kuat, benteng tersebut akan hancur dan musnah. Namun, jika kita sudah bersedia dan mempunyai persediaan dari segenap sudut. Kita akan selamat. Sehebat mana pun badai tersebut, kita mampu untuk menongkah arus badai tersebut.
Sesungguhya, setiap manusia mempunyai permasalahan di sekitar hati. Cumanya, samada virus yang menyerangnya itu kuat ataupun tidak. Apabila disebut ”penyakit hati”, ia mempunyai kait rapat dengan tasawuf, zikrullah dan tarbiyyah ruhiyyah. Seandainya, kita mempunyai hubungan yang erat dengan Allah, pasti kita akan selamat. Akan tetapi ingatlah, cubaan dan mehnahnya pasti banyak. Ia untuk menguji sekuat mana keyakinan kita terhadap Allah. Berhati-hatilah, apabila kita sudah mencapai tahap tersebut. Bila-bila masa sahaja virus-virus lain akan menyelinap masuk tanpa kita sedari.
Oleh itu, banyakkanlah muhasabah. Mintalah orang lain nasihatkan untuk kita. Buanglah jauh-jauh perasaan merasakan diri kita hebat dari orang lain, apalah guna kita hebat di mata manusia namun di sisi Allah, kitalah yang paling hina. Keberkesanan kualiti pembinaan peribadi seseorang bergantung kepada pembinaan hati dan jiwa. Apabila hati kita ikhlas, maka nilai amalan kita adalah tinggi. Namun, jika jiwa kita mempunyai sifat hasad, ujub, riya’, takabbur, sombong, dendam kesumat dan sebagainya,maka rendahlah nilai peribadi seseorang muslim dalam diri kita. Jika kita mempunyai hati yang kotor, maka layakkah kita digelar “Pejuang Agama Allah”. Pastinya tidak… Oleh itu..
Rawatlah hati wahai pejuang..!!!


Sumber asal: blog_IT

Tuesday, February 16, 2010


Abdullah ibn Mas’ud RA berkata:

“Orang mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki gunung; dia takut kalau gunung itu akan menghempapnya. Manakala ahli maksiat melihat dosanya hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya maka mudah untuk menghalaunya".

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Aisyah r.a : " Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhoi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...

Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika...?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an."

"Bacalah Selawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu".

"Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir.. maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."

~SELAMAT BERAMAL~