Saturday, November 20, 2010

Kelembutan Penyeri Peribadi



Ustaz Umar Tilmisani rahimahullah berkata:

  “Apabila melakukan teguran, Imam syahid Al-Banna menuturkan kata-kata teguran yang lemah lembut dengan suara yang halus dan tidak dengan nada yang tinggi. Beliau akan menegur kesalahan dan menyatakan kesalahan tanpa menyakiti atau mengguris hati ikhwah.”
  “Di saat senang, beliau memanggilku dengan namaku sahaja… Wahai Umar.”
“Namun, apabila ada sesuatu yang menyimpang dan harus diperbetul dan diluruskan, maka beliau akan memanggilku dengan panggilan… Wahai Ustaz Umar.”
  “Apabila terdengar sahaja panggilan itu, maka saya akan segera menyedari bahawa ada hal yang tidak menyenangkan atau ada perkara yang perlu saya perbetulkan. Maka saya akan segera berkata, Apa yang terjadi?”
Beliau membalas pertanyaan dengan simpulan dan kuntuman senyum yang indah mekar di bibir. Sehingga apabila melihat wajahnya, maka sesiapa yang sedang marah, maka perasaan geramnya pasti akan reda dan hilang. Lalu, beliau akan menyampaikan isi tegurannya dengan bahasa yang lembut yang menyentuh hati dan juga menyenangkan jiwa yang mendengar.”

  Di kala ambang peperiksaan makin menggundahkan hati dan perasaan kita, emosi dan jiwa seseorang itu sememangnya mudah terusik dan terguris. Maklum dengan suasana getir dan tegang di kala peperiksaan menyebabkan hati menjadi sedikit keras dan statik. Kurangnya kedinamikan yang boleh melentur hati supaya menyemai rasa berlapang dada dan lebih terbuka kepada salah silap mahupun sikap yang mungkin sedikit keras oleh rakan kita. Syaitan akan lebih mudah untuk meniup rasa dengki dan nafsu amarah akan makin membuak-buak api kemarahannya dimangkin oleh hasutan syaitan. 

  Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk menghadapi perasaan marah ini berdasarkan hadith dari Sulaiman Bin Shurad:

“Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling bermaki-makian antara seorang dengan kawannya. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
   “Sesungguhnya saja niscayalah mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya -kemarahannya, yaitu andaikata ia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithanir rajim,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu. 

Orang-orang lalu berkata padanya – orang yang merah padam mukanya tadi: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.” (Muttafaq ‘alaih)

Selain itu, Rasulullah pernah bersabda bahawa:
  “Seseorang yang kuat di kalangan sesuatu kaum bukanlah orang yang dapat mengalahkan semua orang di kalangan kaumnya tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang dapat menahan dirinya daripada berasa marah.”

Allah turut berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 134:
  134. (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Sememangnya menjadi suatu signifikan buat kita para daie untuk mengikis sifat marah dan memupuk serta menyemai subur sikap lemah lembut dalam diri. Menjadi suatu bekalan yang sangat penting buat kita dalam jalan yang penuh dengan liku-liku ini di mana, sifat lemah lembut mampu untuk menarik manusia kembali kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai sikap yang lemah-lembut dalam segala perkara.” (Muttafaq ‘alaih)
Allah turut berfirman dalam Surah Furqan,
   63: Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan (iaitu mereka mengucapkan salam).
  Jelas di sini bahawa kita perlu bersikap lemah lembut dalam semua perkara. Hatta khudwah hasanah kita yang kita junjungi, Rasulullah SAW sentiasa bersikap lemah lembut. Baginda mungkin pernah bersikap tegas, tetapi semuanya dengan nada yang lembut dan sangat menyentuh hati.

  Perlu kita ingatkan bahawa dalam kita sibuk megejar manusia dan menulis manusia, dalam keghairahan kita, adakah kita telah mengkorporasi sikap lemah lembut dalam teknik dakwah kita? Mungkinkah teguran kita terlalu tegas? Adakalanya, mungkin difikirkan bahawa kata-kata yang diucapkan adalah bersesuaian dan menepati situasi, namun, setiap manusia mempunyai perasaan yang berlainan. Seseorang itu mungkin mudah terusik atau terguris walaupun kata-kata yang diucapkan langsung tidak mempunyai unsure-unsur kasar mahupun kata-kata tajam yang mampu menusuk jiwa. 

  Seringkali dirasakan bahawa kata-kata yang diucapkan seolah-olah kata-kata yang biasa atau madah nasihat yang mudah untuk diterima. Namun, persoalannya, adakah kita pernah terfikir dengan perasaan orang tersebut. Semangat kita yang tinggi mungkin secara tidak sengaja boleh menorah luka perasaan di jiwa ikhwah yang lain. Maka berhati-hatilah dalam usaha kita untuk menegur, malah di kalangan ikhwah sendiri. Jangan kerana semangat yang menjulang tinggi menyebabkan kita kabur terhadap perasaan ikhwah di sekeliling. 

Malah Syed Qutb pernah berkata:
“Kita menyeru dan memerangi manusia dengan kasih sayang dan lemah lembut. Nampak seperti ironi, namun itulah hakikat yang perlu kita implementasikan.”

Kata-kata beliau ditujukan buat daie-daie muda yang penuh dengan semangat tetapi risau jika disalurkan pada saluran-saluran yang terselitnya rasa marah. Impak yang lebih teruk ialah, orang yang diseru mungkin akan lari dan menyebabkan usaha kita sia-sia malah dikutuk oleh Allah. 

Rasulullah bersabda:
“Berikanlah kemudahan dan jangan mempersukarkan. Berilah kegembiraan dan jangan menyebabkan orang lari.” (Muttafaq ‘alaih)


~ Semoga kita lebih peka dengan perasaan dan jiwa sahabat-sahabat kita. Jadikanlah ia sebati dalam diri supaya berkat izin Allah, moga kita praktikkan selalu..


_petikan daripada laman dakwah.info...

Friday, November 19, 2010

Ku dahulukan DIA..


Seindah hiasan dunia...

Assalamualaikum warahmatullah.. rasanya belum terlambat untuk ku mengucapkan salam aidiladha buat semua kaum kerabat, sahabat handai..dan sesiapa saja yang kenal akan diri ini. Moga Aidiladha pada 1431H ini lebih bermakna serta membawa seribu satu rahmat & kebaikan buat kita. Moga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima oleh-Nya.

" Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.."


************


Untuk perkongsian kali ini,  paparan sebuah puisi yang ku petik dari laman www.iluvislam.com
Terjemah kata dari hati.

Aku Tinggalkan dia Kerana Allah
Sumber : iluvislam.com

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria..
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria..
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.
Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti..

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah insan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa...





*************

kembara ku di laluan itu..
ku harap dapat beruzlah seketika..
namun,
Siapa sangka..
Jalan hidup yang dilalui
semakin ku temui dugaan berliku.
Menuntut kesungguhan dan istiqamah dalam perjuangan. 
Ada ketika ku rasa kuat untuk bertarung..
namun..
ada ketikanya ku rasa kerdil..lemah tak berdaya.. 
Sememangnya hidup perlu pada pengorbanan..
terus bermujahadah.. 
berkorbanlah wahai diri..berkorbanlah wahai hati.. 
Jangan pernah tewas dengan kehendak insani.....




 k/h : ku hapus namamu dengan namaNYA, kerana tak mungkin dapat ku HimpuN dua CiNta dalam satu JiWa...

Thursday, November 11, 2010

kisahku di sini......11/11/2010


Bismillahirrahmanirrahim......


Alhamdulillah../All praise be to Allah...akhirnya, misi yang terakhir (KBS Siri 2) untuk tahun 2010 telah berjaya dilaksanakan walaupun kelancaran program mengalami sedikit masalah, namun atas kerjasama AJK Pelaksana..'line clear' lah katakan..(hehe).. kenangan terakhir KBS tahun ni..penat lelah (bolehlah tahan), tapi bila tengok muka pelajar2 ini rasa terubat kelelahan diri.. kegigihan semangat mereka ..kekurangan dalam hidup pelajar2 ni..hanya DIA yang Maha Tahu seperti apa rasa ini bila memikirkan tentang mereka....
~.. saja nak paparkan foto2 yang sempat ku 'snap'.. (dah diberi taklif jadi 'fasi'..sempat lagi manfaatkan waktu untuk tangkap gambar)... apa2pun..tengok jelah...=)


Sewaktu LDK-Murid2 tahun 4

Sewaktu LDK- Kumpulan 3 (anak buah)
Amali Wudu' (Anak buah kesayangan)

Kumpulan yang memenangi persembahan terbaik (Kump. 1)

(Anak buah) macam2 gelagat mereka nie..

Kump. 10

(Kumpulan 3) dapat no. 3 kira oklah tu kan..

peace..no war..=)
     Hadiah yang disediakan untuk setiap kumpulan & fasilitator..                                                                                      (ala kadar sahaja..itupun dah cukup untuk menggembirakan mereka..)


~ Melihat & mengenang kembali apa yang telah ku lakukan untuk 'mereka'..generasi harapan agama dan bangsa..
   "sememangnya kewajipan itu terlalu banyak berbanding masa yang ku ada.."

................................

Terdetik di hati..
kasih semakin bertapak di sini...

Sunday, November 07, 2010

Isilah kekosongan ITu..


Di dalam hati kita, ada satu lompong. Kosong. Tidak terisi.
Semua kita merasakan kekosongannya. Ruang itu sunyi. Dan kita takut dengan kesunyian yang ada di dalam ruang itu.
Akhirnya kita mula mencari sesuatu untuk mengisinya. Ada yang mencari harta, ada yang mencari pasangan, ada yang mencarinya dengan memanjat gunung dan menyelam ke dasar laut, ada yang berusaha mengisinya dengan menganiaya orang lain, dan ada juga yang mengisinya dengan cara menggembirakan orang lain.
Tetapi akhirnya semua itu ibarat berpusing di dalam bulatan.
Rasa kosong itu tetap tidak terisi. Kita rasa takut dengan kekosongan itu.
Maka apakah kekosongan itu? Dengan apakah kita patut mengisinya?
Itulah dia ruang khas untuk Ilahi. Kosong, kerana kita tidak mengisinya dengan perkara yang patut kita isikan padanya. Itulah dia ketundukan dan ketaatan, serta pergantungan kita kepadaNya.


Kesedaran bahawa pergantungan kita adalah rapuh

Kita isi hidup kita dengan pelbagai pengisian. Kita bergantung dengan pelbagai pergantungan. Kita harap kasih sayang insan itu akan berkekalan. Kita damba kebahagiaan kita akan berterusan.
Tetapi sebagai manusia yang berfikir, kita akan terfikir, sejauh manakah kesenangan kita akan berkekalan? Selama manakah keamanan yang ada pada kita akan berterusan?
Apakah selepas kematian orang yang memberikan kasih sayang kepada kita, kita akan dapat meneruskan kebahagiaan ini seperti biasa? Apakah harta ini akan dapat memuaskan kita selama-lama?
Akhirnya kita akan melihat, ada 1001 kemungkinan di dalam perjalanan hidup kita di atas dunia ini, yang mampu membawa kita kepada kesengsaraan.
Kemalangan, tragedi, musibah, dugaan, kematian, semuanya adalah boleh terjadi, dan lantas kita sedar bahawa kita adalah sangat lemah. Tidak berkuasa. Tidak mampu berbuat apa-apa sebenarnya.
Di sinilah kita melihat kerapuhan.
Dan takut pun muncul.
Gerun dengan hari esok tanpa pergantungan yang utuh.


Allah adalah yang terampuh

Di sinilah akhirnya kita melihat, kekosongan itu hanya akan terisi apabila kita mendekat dengan Ilahi. Apabila kita mengadu kepadaNya. Apabila kita berharap kepadaNya. Apabila kita meminta kepadaNya. Apabila kita bernaung di bawahNya. Apabila kita melaksanakan perintah-perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
Sebab kita yakin bahawa, Allah adalah yang terampuh.
Dia yang menciptakan kita. Dia yang memberikan kita bahagia dan sengsara. Dia yang menyusun atur seluruh alam ini. Dia yang menciptakan semuanya. Dia yang Maha Tahu, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkuasa Atas Segala-gala.
 
Tiada yang mampu menandingiNya.
Hatta kehebatan mentari juga dalam kekuasaanNya.
Hatta keindahan bulan juga dalam genggamanNya.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.” Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”. Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: “Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?” Surah Al-An’am ayat 74-80.


Dengan Allah, kekosongan itu terisi

Dengan mendekati Ilahi, kekosongan di dalam hati yang amat misteri itu terisi. Rasa takut hilang. Rasa gundah sirna. Rasa gelisah musnah. Rasa resah punah.
Yang ada hanyalah ketenangan.
Ketenangan yang ditunjukkan Bilal bin Rabah RA saat batu menghempap atas dadanya.
Ketenangan yang ditunjukkan Suhaib Ar-Rumy RA saat mengorbankan seluruh hartanya.
Ketenangan yang ditunjukkan Bara’ bin Malik RA saat dia melemparkan dirinya ke kubu musuh.
Ketenangan yang ditunjukkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqas saat dia ingin merentas sungai yang besar dan dalam.
Ketenangan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, saat dia hanya berdua bersama Abu Bakr di dalam Gua Tsur.
Hingga ke tahap nyawa di hujung tanduk, ketenangan itu tetap wujud sebagai mana yang ditunjukkan oleh Khubaib ibn ‘Adi RA, saat tubuhnya dilapah hidup-hidup oleh Abu Jahal, dan juga apa yang ditunjukkan oleh Ali ibn Abi Talib RA saat dia menggantikan tempat tidur Rasulullah SAW.
Apatah lagi sekadar kehidupan kita.
Ketenangan, rasa selamat, rasa bahagia, rasa aman yang abadi ini, yang terwujud walau saat kesukaran dan kegelisahan yang tinggi ini, hanya akan didapati apabila merapat dengan Ilahi. Inilah hakikatnya yang kita cari-cari.
Dan pada Ilahi adalah tempat untuk kita menuntutnya kini.


Penutup: Kembalilah kepada Allah dengan sebenar-benar pengembalian

Maka dekatilah Allah. Bukan semata-mata di dalam solat dan ibadah kita di masjid, bukan semata-mata di dalam qiam kita di tengah malam. Tetapi juga di tengah pejabat kita, di meja makan kita, di rumah kita, di tengah tempat belajar kita, di tengah padang permainan kita, di taman-taman rekreasi kita.
Mendekati Allah, tunduk kepadaNya, sepanjang masa. Ketika.
Kehidupan kita sendiri, kita bina atas apa yang diredhaiNya.
Dan kita telah lihat manusia-manusia yang telah berlalu sebelum kita, yang melakukan perkara yang sama(yakni mendekati Allah, tunduk kepadaNya sepanjang masa), apa yang mereka perolehi di dunia, dan apa yang mereka akan perolehi di akhirat.

“Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! - Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “ Surah Al-Fajr ayat 27-30

Tidakkah kita melihat, ini jawapan kepada ‘kekosongan’ itu?
Maka apakah yang patut kita lakukan sekarang?


~Muhasabah Bersama...Taqarrub ilallah....~


sumber: _LangitIlahi.com_

Friday, November 05, 2010


Wajah Kesayangan Hamba,
Hapuslah air matamu..
Tetapkanlah kedua tanganmu, memegang tali Allah dengan kukuh
Sebab Dia-lah tempat bersandar di saat tempat-tempat bersandar yang lain mengkhianatimu...
Jangan sesekali berputus asa kerana sesungguhnya

RAHMAT Allah Maha Luas....
......................
“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf:86)

Thursday, November 04, 2010

coretan rasa...22/10/10..





Malam ini….
Ku rasa semakin sunyi…
Terlalu banyak persoalan menerjah di benak fikirku..
Kecamuk hati..
Bagaimana mungkin mampu ku rungkai semua ini..
ya Robb.......

Lalu.. ku biarkan saja..
Air mata ini mengalir ..lesu…
Menangisi kedhoifan diri..
Kelekaan yang ku alami selama ini..
Menambah sesak di ruang hati…

Ya Allah…hanya Engkau sandaranku..
Ampuni khilafku..sudilah kiranya Engkau terima diri ini..
Tiada apa yang ku perlu melainkan Engkau ya Allah..
Permudahkanlah kembaraku ini ya Rabb..
Terangi jalan2 dihadapanku..
Agar kegelapan yang ku lalui semalam..berlalu pergi bersama waktu yang takkan pernah berulang lagi....

                                                      .............................

Andai bisa ku laungkan.. bahwa rindu ini menyesakkan hati dan fikiran…
Aku rindu kalian..wahai teman2ku…
Rindu… yang teramat rindu…………………. =(



p/s : sekadar coretan biasa.. maaf andai ada kata yang mengganggu rasa... ^_^