Wednesday, June 23, 2010

SULITNYA MENYEDARKAN SI DIA

Ingin rasanya ku kongsikan sebuah entri yg sedikit sebanyak bermanfaat utk diri dan saudara2 seagamaku...

Ungkapan Al-Quran tentang manusia yang dibius cinta. Keinginannya yang membuta tuli itu menyelinap masuk ke seluruh tubuh hingga terangkat segala rasa malu yang selama ini membenteng diri dari perbuatan yang mengundang kerendahan.

Inilah yang sedang dialami oleh teman-teman kita yang ghairah dengan cinta. Janganlah kita berpura-pura hairan dengan kerenah mereka. Hairan dengan ilmu yang penuh di dada, hairan dengan janggut sejemput penghias dagu, atau hairan dengan tudung labuh yang membalut tubuh. Dengan cinta sebegini, tudung tidak bertudung, janggut tidak berjanggut, mereka sudah lumpuh dari alam realiti.
“…Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

Bius itu suatu kelumpuhan. Resapannya merebak ke seluruh tubuh badan. Manusia yang dibius cinta tidak lut dengan cakap-cakap biasa manusia di sekitarnya. Malah debat-debat antara kita dan dia mungkin menambahkan lagi jauhnya diri dia dari kebenaran.

Apa yang perlu adalah sebuah keteguhan.

Bagi mereka yang bersungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu mencegah diri dari biusan cinta yang membawa ke lembah maksiat, harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf. Tidak tunduk kepada cinta, tidak tunduk kepada paksa, tidak tunduk kepada suasana. Yusuf meminta kepada Allah, andai penjara itu bisa menyelamatkan diri baginda dari dosa dan maksiat biusan cinta, PENJARA itulah mohon dikurniakan sebagai jalan keluarnya.

p/s: "Ya Allah..kurniakan daku rasa cinta padaMu.. dan rasa cinta pd insan2 yg mencintaiMU..gembirakan hati2 kami dgn redhaMu..selamatkan kami dari tipu daya duniawi..."

Tuesday, June 01, 2010

Rintihan Kalbu

Tak tahu entri apa yang wajar untuk dikemukakan. So, nak kongsikan something,iaitu video yang terhasil dengan gabungan dua lagu 'favorite'... sedikit sebanyak mengungkap rahsia hati yang terpendam.. yg sesekali perlu diluahkan agar minda dan hati jauh dari tekanan....... Sekadar untuk tatapan diri & teman2, semoga terhibur.....=)


video